Sunday, November 25, 2012

Mercu Tanda Muar Bandar Diraja

Monumen Mercu Tanda Bandar Diraja menjadi kebanggaan penduduk Muar apabila dipilih sebagai Bandar Diraja Negeri Johor.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua follower blog saya yg tak seberapa ni.. Yang sudi singgah ke blog saya ni.. diucapkan ribuan terima kasih!!! 
Hari ini saya nak bercerita tentang bandar kelahiran saya..Muar Bandar Maharani Bandar Diraja. 
Muar kini memiliki satu monumen mercu tanda Bandar Diraja..yg merupakan identiti bandar ini setelah diisytiharkan secara rasminya sebagai Bandar Diraja pada 22 November 2012 yg lalu, sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.


Pada monumen itu terdapat empat gading gajah yang di atasnya ada kubah masjid dan dilengkapi dengan tulisa 'Daulat Tuanku'.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini pernah bertitah mengumumkan untuk menjadikan Muar sebagai Bandar Diraja pada sambutan Maulidur Rasul, 5 Februari lalu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah dipertanggungjawabkan untuk membuat reka bentuk monumen ini dan dipersembahkan kepada tuanku dan telah diperkanan tuanku..

Monumen yang mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada kerajaan negeri itu turut dilengkapi dengan air pancut dan lampu warna-warni yang akan mencantikkan lagi daerah ini pada waktu malam.

Monumen ini dibina di bulatan Sulaiman berhampiran Jalan Temenggung Ahmad adalah lokasi yang strategik dan boleh dilihat seluruh penduduk daerah Muar.

Ia menjadi kebanggaan masyarakat Muar kerana telah mempunyai identiti tersendiri iaitu gading gajah berbanding sebelum ini lebih dikenali sebagai Bandar Maharani,” katanya.

 Keunikan seni bina monumen  akan menjadi salah satu tarikan pelancongan daerah ini kepada masyarakat luar pada masa akan datang.
So harap.. sama-sama la kita rakyat Muar menjaga monumen ini dengan sebaiknya.. jgn la melakukan kerosakan di monumen ini.. Harap ada lah pihak berkuasa yg jaga monumen ini!!

Im proud to be a Muorian!!! Love Muo so Much!! Terima Kasih Sultan Johor!! Daulat Tuanku!!

Jom kita tgk lagi gambar2 menarik yang lain monumen mercu tanda Bandar Diraja.

Pemandangan yg indah diwaktu malam di muo kini..

Tukar warna hijau pulak

tukar warna biru pulak 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.